Wednesday, April 27, 2016

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Test


     nurhidayahyahya

Wednesday, March 13, 2013

Perginya Seorang Suami

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t.


Terlebih dahulu kita sedekahkan surah Al-Fatihah untuk arwah suami, Shahrul Akhmar B Sharifuddin. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke dalam Syurga. Amin..

Sekadar makluman untuk yang belum tahu, arwah suami aku, Shahrul Akhmar @ Chaon dah kembali ke Rahmatullah pada 8 Februari 2013 lalu. Hari ke-57 kami menjadi suami isteri. Tiada tanda ketara sebelum pemergian arwah. Betapa terkejutnya aku. Memang susah nak percaya pada mulanya. Ampunkan aku Ya Allah sebab adakalanya aku marahkan arwah sebab tinggalkan aku padahal itu ketentuan Mu Ya Allah. Bukanlah aku nak menindakkan Qada' dan Qadar Mu Ya Allah. Kuatkanlah iman aku Ya Allah. Janganlah Kau jadikan aku orang yang mengeluh saat menghadapi ujian Mu yang besar ini.

Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat kepada Allah, aku dapat jugak jadi isteri arwah yang sah walaupun untuk tempoh yang singkat. Itu impian aku. Impian untuk hidup bersama arwah secara halal. Arwah selalu doakan semoga impian aku tercapai tiap kali arwah wish birthday, anniversary, new year, merdeka apa-apa pun. Hehe. 

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah. Impian aku supaya arwah menjadi suami yang penyayang dan soleh yang membimbing aku jadi isteri yang baik. Arwah dah laksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Terima kasih Allah. 

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah. Arwah meninggal dunia pada hari Jumaat. Insya Allah tiada seksa kubur untuk arwah dan semoga dipermudahkan segala urusan duniawi arwah. Amin.

Banyak hikmah Allah berikan setelah pemergian arwah. Antaranya kalau dulu sejak berkawan dengan arwah, aku diajar untuk melakukan semua benda dan ke mana-mana cuma dengan arwah. Sampai aku lupa apa kebendanya berdikari tu. Arwah tinggalkan aku untuk menjadikan seorang yang kuat dan tabah. Aku kuat! Tapi aku tetap seorang perempuan. Dan ofkos aku ada keluarga aku, keluarga arwah dan kawan-kawan yang sentiasa temankan aku. Dan kawan-kawan arwah, mak kepada kawan-kawan arwah juga. Terima kasih Allah untuk ikatan silaturrahim ini.

Aku menangis tak masa taip entri ni? Tak. Aku gembira sebab tadi aku baru hafal zikir yang arwah selalu baca tiap kali selepas kitrang solat berjemaah sama-sama. Haha. Boleh? Aku syak arwah ada kat sebelah aku masa aku dok ketawa sebab berjaya hafal. Biasanya arwah akan pandang muka aku sambil berzikir sebab aku tak hafal. Aku baca part aku hafal je. Dahla tak hafal, takmau suruh arwah ajar. Tapi bila aku ambil alih hak milik buku Indahnya Hidup Bersyariat kepunyaan arwah, aku cari part zikir tu. Aku jumpa pastu tiap kali lepas solat, aku baca sambil tengok buku. Hehe. Aku harap arwah akan sentiasa pandang aku tiap kali aku baca zikir tu.

Owh ya. Masa aku menaip ni, aku sambil dengar suara arwah menyanyi. Bukanlah arwah duduk sebelah aku dan menyanyi. Haha. Aku pernah rakam video arwah menyanyi karaoke pada 22 Februari, 2011. Konon time tu kitrang nak submit entri pertandingan blogger idol tiafazunia untuk arwah. Hehe. Video agak gelap tapi suara arwah clean and clear. Ni la salah satu pengubat rindu aku kat arwah. Kalau tengok gambar je tapi tak dengar suara kan. Hehe. Boleh? Tapi tak boleh share video tu ye. 

Tapi tak dinafikan laa, aku masih menangisi pemergian arwah. Siapa tak rindu suami sendiri? Selama dua tahun setengah hidup aku dipenuhi aktiviti dengan arwah. Nak buat apa-apa, pergi mana-mana mesti kena ada arwah sebab arwah ada rasa cemburu yang tinggi (ayat arwah ok.haha) kalau aku buat apa-apa dan ke mana-mana tanpa arwah. Arwah pernah buat blog entri (blog rahsia) luahan perasaan kata dia bukanlah nak kongkong hidup aku cuma arwah rasa hidup dia tak lagi kosong sejak aku ada dan dia harap aku sentiasa ada untuk dia setiap detik setiap saat hanya untuk dia seorang sebab arwah takmau aku lupakan dia bila aku keluar dengan orang lain selain dia. Maafkan kami sebab jadi belangkas yang tak halal sebelum bernikah. 

Aku sangkakan aku la orang yang paling menyayangi arwah. Aku la satu-satunya orang yang layak menjaga arwah. Kalau dulu aku pernah cakap kat arwah, kalau dah tak suka aku, make sure perempuan yang jadi pengganti tu jauh lagi baik dari aku. Sebab aku nak yang terbaik je untuk arwah. Sampai satu saat bila rasa sayang aku kat arwah tu tak terbendung (huyoo), aku cakap takde perempuan yang lagi layak dan mampu jaga arwah lebih baik dari aku jaga arwah dan kalau arwah jumpa pun perempuan yang lebih baik (if any), jangan pernah tinggalkan aku! Huyoo.. Aku lupa Allah Maha Berkuasa. Allah dah tunjukkan kat aku yang Allah adalah yang paling sayang dan paling layak menjaga arwah lebih dari aku. Dan Allah itu pemilik kekal arwah bukanlah aku. Aku cuma pinjam arwah untuk sementara. Aku hamba Allah yang lemah dan tiada kuasa. Aku malu sebab terlalu berbangga macam aku hebat sangat nak jaga arwah. Owh betapa tak sedar diri nya aku dulu. Ampunkan aku Ya Allah.

Sekarang arwah suami aku berada dalam jagaan Allah. Aku bersyukur. Dengan berita bahawa mati dalam kebakaran itu Insya Allah akan dikurniakan syahid kecil, aku rasa lega dan senang hati. Walaupun aku still tak tahu nasib aku di akhirat nanti, aku bersyukur arwah suami yang sangat aku sayang tu dah ada tempat yang elok-elok. Insya Allah. 

Aku doakan arwah Shahrul Akhmar ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aku doakan arwah Shahrul Akhmar dimasukkan ke dalam Syurga. Aku doakan kami menjadi suami isteri yang bahagia di Syurga nanti. Aku pun nak masuk Syurga Mu Ya Allah. Aku doakan semoga Allah ampunkan segala dosa kami semasa berdatingan dahulu. Semoga Allah terima taubat kami berdua. Aku doakan arwah rajin-rajinla jenguk aku dalam mimpi. Sayang! Bersuara la jugak kadang-kadang tau! Sikit pun takpe sebab i rindu nak dengar suara u. ok? 

::: sms arwah bagi yang aku masih simpan - 13.03.2012 jam 00:00 : Salam syg.. Selamat hari lahir yg ke 27.. Rindu syg byk2! Hehhe.. I harap segala impian syg akan jadi kenyataan.. Semoga hidup tunang kesayangan i nie bahagia.. Muahhhh! I love u syg..

* 11.03.2013 kira genap setahun kami bertunang. Aci tak? Haha. 

Al-Fatihah.

nurhidayahyahya